Sunday 18 December 2011

PASCA BANJIR

Nampaknya banjir di Pantai Timur tahun ini tidak begitu serius.  Pesanan dan langkah mengatasinya juga membantu mereka di kawasan yang terlibat.

Kawasan yang terlibat di sana tu memang sudah lama dikenal pasti sebagai kawasan banjir di musim hujan.  Alhamdulillah, kiranya ok saja.

Sebaliknya kawasan lain pula terlibat banjir.  Di Pantai Barat pun banyak terkena banjir.  Umpamanya di Perak dan Johor.  Malah di KL sendiri pun banjir juga.  Ramai yang terperagnkap!

Semuanya adalah ketentuan Illahi juga.  Kita mesti mengambil iktibar dari peristiwa begini.

Sekarang semua mesti ambil langkah terbaik pasca banjir la pula.  Jelas ada banyak kerosakan yang berlaku.

Wednesday 23 November 2011

KUASA RAKYAT

Sekadar nak panjangkan tentang isu popular ini saja.  Saya tertarik dengan isi pengertiannya.  Memang elok kita renungkan bersama.

Tapi terlupa pula untuk turut catatkan puncanya.  Kita ucapkan terima kasih saja la ya.  Isi ceritanya adalah seperti di bawah:

"Di satu sudut padang mereka memberi tahu mereka utamakan rakyat dan pembangunan negara. Di satu sudut padang yang lain mereka bersorak-sorak, ketawa senang hati kerana umpan banyak yang makan.

Memang sudah terbukti politik adalah gelanggang merebut kuasa dibeberapa tangan/individu. Tentulah kenderaannya adalah parti politik yang mereka wakili. Ada rakyat memilih parti politik dan tidak memberi perhatian kepada individu yang mewakili parti.

Hakikatnya, individu yang memacu parti. Kebanyakan individu memang gila kuasa kerana kuasa memberi hak merencana untuk tempuh mereka mendapat kuasa.

Bukan bermakna mereka boleh merencana sesuka hati. Malangnya mereka yang mendapat kuasa acap kali menjadi ghairah!

Ada kata popular bahawa 'kuasa itu korup, lebih besar kuasa lebih besar korupsinya!' Dunia mengesahkannya. Hampir tiada pengecualiannya."

Sunday 6 November 2011

HARI RAYA AIDILADHA

Kita umat Islam sama-sama meraikan kejayaan ibadah Haji tahun ini.  Ramai juga turut melakukan ibadah korban.  Sempena hari mulia ini saya turut merakamkan ucapan juga.

SELAMAT
HARI RAYA
AIDILADHA

Monday 10 October 2011

PENANG DAY TRIP

Today I travelled to Penang just for the day.  I just needed a few hours to attend to some personal matters.

For the first time I took Firefly.  I took off in the morning and came back by the last flight.

It was quite a pleasant experience.  I wont hesitate to use their service again.  After all my house is nearer to Subang Airport.

Saturday 17 September 2011

PENING DENGAN JALAN JEM

Hari ini ada jemputan kahwin dan ada jemputan rumah terbuka.  Cuma kena redah jalan-jalan utama dan pusat bandaraya Kuala Lumpur (KL). Pening betul bila terpaksa meredah di KL dan kawasan-kawasan tertentu.

Sudah berulang kali, bertahun-tahun, pemimpin dan politikus asyik duduk bercerita nak menaikkan taraf KL ke tahap antarabangsa.  Tapi masih jem dan kelam kabut juga!

Aduhai!  Sudah-sudahlah dengan retorik politik! Jangan jadi macam burung tekukur yang asyik mengukuk bising saja, melaungkan itu dan ini serta bangga dengan kemungkinan yang belum menjadi realiti.

Ada tambah jalanraya, ada jalan tol baru.  Sebuah negara yang sekecil Malaysia ni ada begitu banyak tempat kutipan tol jalan.

Wednesday 31 August 2011

SELAMAT HARI RAYA

Di bulan yang mulia, sama-samalah kita bermaaf-maafan.  Mari kita membawa semangat Ramadhan dan sentiasa membuat kebajikan untuk diri dan Umah.

SELAMAT
HARI RAYA
AIDILFITRI

Semoga kita diberkati dengan rahmat rezeki terbaik.  Amin.