Wednesday 23 November 2011

KUASA RAKYAT

Sekadar nak panjangkan tentang isu popular ini saja.  Saya tertarik dengan isi pengertiannya.  Memang elok kita renungkan bersama.

Tapi terlupa pula untuk turut catatkan puncanya.  Kita ucapkan terima kasih saja la ya.  Isi ceritanya adalah seperti di bawah:

"Di satu sudut padang mereka memberi tahu mereka utamakan rakyat dan pembangunan negara. Di satu sudut padang yang lain mereka bersorak-sorak, ketawa senang hati kerana umpan banyak yang makan.

Memang sudah terbukti politik adalah gelanggang merebut kuasa dibeberapa tangan/individu. Tentulah kenderaannya adalah parti politik yang mereka wakili. Ada rakyat memilih parti politik dan tidak memberi perhatian kepada individu yang mewakili parti.

Hakikatnya, individu yang memacu parti. Kebanyakan individu memang gila kuasa kerana kuasa memberi hak merencana untuk tempuh mereka mendapat kuasa.

Bukan bermakna mereka boleh merencana sesuka hati. Malangnya mereka yang mendapat kuasa acap kali menjadi ghairah!

Ada kata popular bahawa 'kuasa itu korup, lebih besar kuasa lebih besar korupsinya!' Dunia mengesahkannya. Hampir tiada pengecualiannya."

Sunday 6 November 2011

HARI RAYA AIDILADHA

Kita umat Islam sama-sama meraikan kejayaan ibadah Haji tahun ini.  Ramai juga turut melakukan ibadah korban.  Sempena hari mulia ini saya turut merakamkan ucapan juga.

SELAMAT
HARI RAYA
AIDILADHA