Friday 22 July 2011

TIDAK UNTUNG MEYOMBONG DIRI

Saja nak berkongsi, sambil juga mengingatkan diri.  Bukan apa, tadi bersua dengan seorang yang begitu angkuh dan sombong.  Hanya kerana tergesel kereta mewahnya semasa kelam kabut berjalan tadi, si pemilik siap maki hamun.

Saya ingat tentang ada ada hadith yang melarang manusia dari sombong dan bongkak.  Lebih kurang begini kisahny:
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Tidak akan masuk syurga seseorang yang ada di dalam hatinya perasaan sombong walaupun sebesar zarah."
Seseorang lelaki berkata, Sesungguhnya seseorang itu suka pakaian dan kasutnya cantik.
Baginda s.a.w. bersabda, bermaksud: "Sesungguhnya Allah itu Maha Indah dan Allah suka kepada keindahan."

Monday 4 July 2011

PENDIRIAN KE PRINSIP

Semalam kengkawan saling komen tentang blogging.  Semua setuju bahawa ternyata ramai orang menggunakan blog untuk menarik trafik supaya boleh memungkinkan pendapatan yang lebih.

Ramai mereka ini membuat N3 hari-hari.  Bukan hari-hari saja, malah ada yang membuat beberapa N3 sehari.  Macam-macam gaya ada!

Bagi sesetengah orang blog adalah tempat untuk meluahkan segala rasa di hati dan perjalanan hidup sehari-hari. Tetapi tidak ramai yang mahu luahkan segala-galanya di sini kerana banyak cerita yang terlalu peribadi.

Bagi diriku pula, ada kalanya ku ingin berkongsi dengan kawan. Sementara itu ada sesetengah perkara yang lebih baik disimpan saja dalam diri.

Jadi aku menggunakan pendekatan yang seiring pendirianku.  Oleh itu aku tidak mengemas-kini blog setiap hari.