Monday 4 July 2011

PENDIRIAN KE PRINSIP

Semalam kengkawan saling komen tentang blogging.  Semua setuju bahawa ternyata ramai orang menggunakan blog untuk menarik trafik supaya boleh memungkinkan pendapatan yang lebih.

Ramai mereka ini membuat N3 hari-hari.  Bukan hari-hari saja, malah ada yang membuat beberapa N3 sehari.  Macam-macam gaya ada!

Bagi sesetengah orang blog adalah tempat untuk meluahkan segala rasa di hati dan perjalanan hidup sehari-hari. Tetapi tidak ramai yang mahu luahkan segala-galanya di sini kerana banyak cerita yang terlalu peribadi.

Bagi diriku pula, ada kalanya ku ingin berkongsi dengan kawan. Sementara itu ada sesetengah perkara yang lebih baik disimpan saja dalam diri.

Jadi aku menggunakan pendekatan yang seiring pendirianku.  Oleh itu aku tidak mengemas-kini blog setiap hari.

6 comments:

IJA said...

Salam Julia.
Lain orang lain caranya. Memang tak sering sama!

Anonymous said...

Aslmkm.
Terlebih dulu, maaf ya. Berganti hari baru la Kak G dapat berkunjung.
Kak G tak dapat masuk blog rakan2; terus sistem beri warning & auto revert.
Rupanya anak Kak tinggikan tahap sekuriti sebelum dia travel. Jadi, sudah la amat sensitif.

:) Diri sendiri saja yang tahu jawapannya.

Anis said...

Salam Julia.
Kita ikut rentak sendiri.

SYA said...

Salam Julia.
Prinsip & pendirian tu sama kot!

IRAYANI said...

Salam Julia.
Tak sama ya?

KAKIAH said...

Salam Julia.
Antara keduanya, tak sangat berbeza! :)